Selasa, 8 Ogos 2017

Tarikan RDC Sandakan kepada Pelancong

Hi, Assalamualaikum. Saya Arif Asyraf dari Sandakan, Sabah dan berumur 18 tahun (2017). Sebelum itu, saya merupakan pelajar Kolej Vokasional Sandakan dan mengambil program Diploma Pelancongan (Kohort 2015). Saya baru 'first time' buat blog ini so , saya nak ceritakan secara ringkas berkenaan dengan Rainforest Discovery Centre, iaitu RDC di Sandakan, Sabah.
















Mungkin ada di antara korang yang pernah pergi ke sini, tapi ada juga yang masih belum pernah datang ke RDC ini, kan? Tak apa, saya boleh berkongsi maklumat ringkas kepada korang tentang tempat ini.



Rainforest Discovery Centre, atau lebih dikenali sebagai RDC merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan di Sandakan Sabah. RDC ini terletak di Jalan Sepilok, Batu 14 Sandakan, Sabah. RDC juga adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok, iaitu Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok serta menjadi salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di negeri itu. 





Tempat ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat lawatan untuk sekolah-sekolah yang membuat lawatan sambil belajar. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar dari sekolah, kolej, universiti atau dari mana-mana institut lain doleh datang ke RDC ini dengan tujuan membuat tugasan yang telah diberkan oleh guru-guru mereka. Pelancong-pelancong luar juga boleh datang ke RDC ini untuk menarik lagi perhatian mereka datang ke negara kita dan menikmati keindahan flora dan fauna.


Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.







Bagi pencinta flora, terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar. Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan. Peminat, ahli alamiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.




Gambar bersama staf di RDC semasa membuat tugasan      




Gambar semasa berada di dalam RDC (Bangunan Pameran)



                                             

Ini merupakan lokasi Rainforest Discovery Centre (RDC) Di Sandakan, Sabah



Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi:


Koordinator Program EE

Alamat:
Rainforest Discovery Centre, PO Box 1407, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon : +6089-533 780/ +6089-533781



Rujukan :
  • http://www.malaysia.travel/ms-my/places/states-of-malaysia/sabah/rainforest-discovery-centre
  • https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-sandakan-sabah/
  • https://www.google.com/maps/place/Rainforest+Discovery+Centre+(RDC)/@5.876155,117.94475,15z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0x831a1b72cf3b7ddf!8m2!3d5.8745783!4d117.9436096







Tiada ulasan:

Catat Ulasan